Saturday, August 15, 2009

Kupohon KeampunanMu


Ya Allah berikan aku kekuatan untuk terus sujud kepada Kebesaran dan KeagunganMu
Ya Allah ampunilah aku atas dosa-dosa yang lalu sejak aku dilahirkan ke dunia
Ya Allah ampunilah dosa-dosaku pada hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang
Ya Allah terimalah solatku, ibadahku
Ya Allah terimalah taubatku dan peliharalah taubatku
Ya Allah tempatkan roh ibuku di kalangan orang-orang yang beriman
Ya Allah ampunilah dosa-dosa ibuku semasa ibuku hidup di dunia
Ya Allah ampunilah dosaku terhadap ibu dan bapaku
Ya Allah jauhilah ahli keluargaku, saudara-maraku, guru-guruku dan saudara seislamku daripada azab kubur dan api neraka
Ya Allah ampunlah dosa-dosa yang aku sengajakan dan tidak disengajakan, dosa-dosa yang aku sedari dan yang tidak disedari,dosa-dosa yang nyata dan dosa-dosa yang tersembuyi
Ya Allah selamatkanlah aku daripada azab kubur
Ya Allah selamatkanlah aku daripada azab kubur
Ya Allah selamatkanlah aku daripada azab kubur
Ya Allah jauhilah aku daripada api neraka
Ya Allah jauhilah aku daripada api neraka
Ya Allah jauhilah aku daripada api neraka
Ya Allah tempatkan aku bersama insan-insan yang soleh di syurgaMu
Ya Allah tempatkan aku bersama insan-insan yang soleh di syurgaMu
Ya Allah tempatkan aku bersama insan-insan yang soleh di syurgaMu
Ya Allah aku tidak layak untuk syurgaMu yang indah, namun aku tidak tahan dengan api nerakaMu.Oleh itu, ampunilah aku, ampunilah dosa-dosa besar yang pernah aku lakukan
Ya Allah permudahkan aku ketika sakaratul mautku
Ya Allah permudahkan aku di mahkamah pengadilanMu
Ya Allah permudahkan aku di Padang MahsyarMu
Ya Allah permudahkan aku ketika meniti Titian Siratul Mustaqim
Ya Allah permudahkan urusan hidupku, murahkan rezeki dan jauhilah aku daripada penyakit yang merbahaya
Ya Allah tutupilah aib di dunia dan akhirat
Ya Allah matilah aku dalam keimanan
Ya Allah kasihanlah aku, sayangilah aku
Sayangilah setiap insan terhadap diriku dan tiada insan yang membenci, menghina, dan membuat aniaya padaku
Ya Allah tunjukkan aku jalan yang lurus
Berikan hidayahMu
Ya Allah perliharalah anggota badanku daripada melakukan dosa dan maksiat di muka bumiMu
Ya Allah selamatkan aku daripada menjadi insan yang rugi di dunia dan akhirat
biarlah aku rugi di dunia, jangan rugi di akhirat
Ya Allah selamatkan aku daripada insan yang banyak ketawa agar tidak menangis di akhirat
Ya Allah jauhilah aku daripada termasuk golongan yang dimurkai dan dilaknati
Ya Allah tuangkan keikhlasan ke dalam hatiku dalam beribadat kepadaMu
Ya Allah jauhi aku daripada sifat riak, takkabur, mengumpat, mengeji dan mengata
Ya Allah kasihanilah aku sayangilah aku rahmatilah aku. Amin.


NOR AZIZUL HARUN
15 Ogos 2009

Friday, August 14, 2009

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa

Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan

Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca

Sayunya alunan suara

Cemas di dada lemah tak bermaya

Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua

Berpisah kita selamanya

Kita tak sama nasib di sana

Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan

Sejahtera, bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri

Mengharap kasih anak dan isteri

Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara

Soal bicara terus bermula

Sesal dan insaf tak berguna lagi

Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya

Yang tinggal hanyalah kenangan

Diiringi doa dan air mata

Yang pergi takkan kembali lagi.



Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim ( Rabbani )

Thursday, June 25, 2009

Salam Takziah Buat Micheal Jackson ( Mikaeel )

Pemergian Michael Jackson ( Mikaeel ) pada jam 5.26 pagi waktu Malaysia,

satu kehilangan dalam dunia seni antarabangsa. Harap berkongsilah apa-apa

perasaan utk penyanyi kesayangan antarabangsa ini.Michael jackson adalah

inspirasi dalam segi nyanyian beliau yang seringkali mengingatkan orang lain

utk mengasihi sesama sendiri. Lagu2 seperti Heal The World, Man in The Mirror

dan banyak lagi banyak memberi kesedaran kepada semua manusia bahawa

kita boleh hidup dalam aman dan damai.Walaupun banyak kes fitnah terjadi

kepada diri beliau, namun kesemuanya dapat ditepis. Semoga Mikaeel. rohmu

dicucuri rahmat, dan dirimu berada dalam rahmat Ilahi.

Saturday, June 20, 2009

6 PERKARA

6 PERKARA YANG MEMELIHARA KEIMANAN:

1. JANGAN SESEKALI BERCAKAP BOHONG

2. JANGAN MENGKHIANATI AMANAH

3. JANGAN MEMUNGKARI JANJI

4. MENUNDUK PANDANGAN MATA DRP MELIHAT PERKARA-PERKARA YANG BOLEH
MENDATANGKAN PERKARA YANG TIDAK BAIK ( MENGUMPAT, BERZINA DLL )

5. PELIHARA TANGAN DARIPADA MENGAMBIL BENDA/PERKARA YANG BUKAN HAK
( MENCURI, MENERIMA RASUAH DLL )

6. PELIHARA KEMALUAN ( DRP BERZINA )

Wednesday, June 10, 2009

Shukery Hashim meninggal dunia akibat kanser pankreas

KUALA LUMPUR: Pelakon Shukery Hashim, 55, meninggal dunia pada pukul 1.15 petang tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, akibat kanser pankreas yang dialaminya sejak tiga bulan lalu.
Jenazah akan dimandikan dan disembahyangkan di kediamannya di Taman Fairuza, Ampang sebelum disemadikan selepas Asar.
Arwah meninggalkan lima orang anak dan seorang balu, Faridah Md. Desa, 51.
Allahyarham Shukery adalah salah seorang pelakon drama yang popular. Arwah selalu menunjukkan lakonannya yang hidup dan penuh penghayatan.
Antara drama tempatan yang pernah dibintanginya ialah Di Mana Kasihmu, Cinta Gila dan 3T.
Shukery dilahirkan pada tahun 1954 dan merupakan anak jati Langkawi. Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School.
Walaupun mula berlakon pada 1984, arwah sebenarnya sudah terbabit dalam drama radio sejak 1975 di RTM.
Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Shukery sudah menerima tiga anugerah yang diiktiraf sebagai terbaik dalam industri seni di Malaysia iaitu Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular 1994 (1995).

Marilah kita sama-sama sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat.Ameen.

Sedikit maklumat tentang kanser pankreas

1) Lokalisasi: Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kelenjar tersebut. Pankreas dibahagikan kepada kepala, badan dan ekor. Kanser merebak dari kelenjar limfa ke hati, paru-paru dan peritonium. Terdapat 32000 kes setahun di Amerika Syarikat, malangnya tahap kematiannya tinggi disebabkan penyakit lewat dikesan dan pembedahan yang susah dan rumit.

2) Faktor risiko kanser pankreas: -- Fakta makanan seperti gula dan kopi. Merokok dan penyakit kencing manis juga boleh menyebabkan kronic pankreatitis. - Bilangan penyakit kanser lelaki tinggi dibandingkan dengan wanita (2:1). Purata umur ialah 65 tahun. Bangsa Africa Amerika menghidap penyakit ini lebih tinggi dari orang Asia.

3) Ketumbuhan: Kanser pankreas sentiasa dikaitkan dengan kanser perut kerana kedudukannya yang berhampiran sesama lain. Kadang-kala adalah susah memastikan dari mana kanser itu bermula.

4) Simptom: - Sakit kuning ialah simptom yang paling biasa ditemui kerana tekanan ke atas duktus yang mengalirkan jus hempedu. Air kencing yang berwarna kuning pekat, kulit kuning, mata kuning, najis berwarna pucat dan gatal badan. - Selain dari itu pesakit akan susut berat badan, rasa muak;- rasa keletihan dan sakit menyucuk dalam perut.

5) Diagnosa: - Pemeriksaan klinikal: pesakit akan menunjukkan sakit kuning, sirosis hati. - Ultrasound abdominal, endoskopi ‘retrograde cholangiopankreatografi' dengan mengambil biopsy. - Menggunakan petanda protin tumor seperti CEA dan CA 19-9.

6) Rawatan: - surgeri: terpulang kepada lokasi kanser di atas pankreas, ukurannya dan tahap kanser tersebut. Kanser kepala pankreas boleh dibedah sekali gus dengan mengeluarkan sebahagian usus kecil, perut, hempedu dan limpa. Ini ialah suatu pembedahan yang besar dan rumit yang boleh dicuba jika kanser itu kecil dan belum lagi merebak. - Kes-kes pada tumor yang besar atau telah merebak boleh menggunakan kaedah radiasi dan kemoterapi.

7) Rawatan susulan: Mengkaji tahap petanda protin kanser

8) Pencegahan: - mengawasi kencing manis dengan elok. - berhenti merokok- membuat ujian darah untuk petanda protin kanser.
Petanda tumor adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahun

Kanser dapat dikesan : lakukannya SEKARANG

KLClock

Kuala Lumpur

Followers

Laman Chat


ShoutMix chat widget

Meta

Search This Blog