Wednesday, July 30, 2008

Masjidil Haram Makkah


Monday, July 28, 2008

Israk dan Mikraj

Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.


Sempena bulan Rejab yang mulia ini, saya ingin merakamkan kisah yang sangat bermakna lagi simbolik dalam sejarah kemanusiaan iaitu Israk dan Mikraj.

Kisah ini merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Muhammad saw secara langsung sebagai satu anugerah dan penghormatan Allah kepada baginda untuk memberikan satu pengiktirafan yang teragung kepada Penghulu Nabi dan Rasul.

Ianya juga merupakan satu mukjizat yang tidak diberi kepada mana-mana rasul sebelum ini. Selain itu, ia juga adalah merupakan satu perutusan untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu solat. Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji disampaikan melalui malaikat Jibril, tetapi solat oleh sebab ketinggian darjatnya, ia disampaikan secara langsung melalui satu peristiwa gemilang lagi kudus di antara Rabbul Jalil dengan Nabi Muhammad saw.

Inilah detik teragung dan pengalaman yang paling manis buat Nabi Muhammad saw setelah mengalami tekanan perasaan apabila dua orang penyokong kuatnya iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia.

Perlu dinyatakan di sini bahwa oleh kerana kejadian ini berlaku secara 'luarbiasa', kita jangan sekali-kali mempertikaikan kesahihannya. Ia mesti dipandang sebagai satu kebenaran sebab ia adalah mukjizat Allah dan juga termaktub di dalam Al-Quran, sebagaimana yang tercatat di atas.

Sebenarnya Israk Mikraj menguji keimanan kita. Mereka yang percaya adalah manusia pilihan Allah manakala yang meragui kebenaran ini termasuk dalam kumpulan Abu Jahal yang mendustakannya. Manusia pertama yang percaya bulat-bulatialah Saidinia Abu Bakar. Lantas dia digelar As-Siddiq.

Perjalanan misteri ini adalah melibatkan jasad dan ruh Nabi Muhammad bukannya ruh saja (seperti dalam mimpi) seperti mana yang didakwa oleh orientalis. Dalam kesempatan ini diperturunkan kisah tersebut secara supaya dapat dikongsi bersama dan dijadikan bahan renungan untuk dijadikan iktibar. Yang baik kita jadikan teladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan.
Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha) ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah.

Ketika itu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina Ja'afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga zamzam. Di sana Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya. Hati Nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat.

Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah. (Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani).

Selesai Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat canggih iaitu Buraq (seekor binatang dari alam malakut yang mempunyai pergerakan yang teramat laju).

Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menangis tersedu-sedu. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekor haiwan mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad saw , betapa hal dengan diri kita yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad saw )

Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan yang Nabi Muhammad akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan dengan rasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.

Beberapa minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Medina).
Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah. Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi mengerjakan solat. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia)

Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut:

·Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang.
Malaikat Jibril ajarkan doa menangkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur.

·Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti.
Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang.

·Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka.
Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat.

·Sekumpulan manusia dihidangkan dengan dua mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah.
Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.

·Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan.
Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.

·Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti.
Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.

·Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi.
Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.

·Seekor lembu keluar dari satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh.
Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.

·Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu.
Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi.

·Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti.
Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam.

·Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti.
Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.

·Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti.
Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah.

·Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu.
Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat.

·Nabi tercium bau yang amat harum.
Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.

·Kayu merentangi jalan sehingga menyukarkan orang lalu-lalang.
Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak.

·Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu.
Batu-batu itu diambil dan dimakannya.
Gambaran orang yang makan riba.

·Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai.
Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.

Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Nabi Muhammad saw solat tahyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu.

Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia.

Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad saw diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad saw:

· Langit pertama - Nabi berjumpa Nabi Adam, bapa segala manusia
· Langit kedua - Nabi berjumpa dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya
· Langit ketiga - berjumpa dengan Nabi Yusof
· Langit keempat - berjumpa dengan Nabi Idris
· Langit kelima - berjumpa dengan Nabi Harun
· Langit keenam - berjumpa dengan Nabi Musa
· Langit ketujuh - berjumpa dengan Nabi Ibrahim

Sunday, July 27, 2008

Kebesaran Allah















Allah telah tunjukkan keagungan dan kebesaranNya. Masih kita tidak mahu sujud padaNya dengan sebenar-benar sujud?


























Thursday, July 24, 2008

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

Khutbah ini disampaikan pada 9 Dzulhijjah 10 H di Lembah Uranah, Arafah.

Ya, saudara-saudaraku, fahamilah apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci. Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya.

Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu. Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya.

Allah SWT telah melarangmu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.

Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan agamamu. Ia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.

Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak. Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan.

Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, solat lima kali dalam sehari, laksanakan puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat, serta laksanakan ibadah haji bila mampu.

Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sedarjat. Tidak ada perbezaan satu terhadap yang lain kecuali ketakwaan dan amal soleh. Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Oleh kerana itu, berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya saudaraku, dan fahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur’an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan.

Demi Allah aku bersaksi, bahwa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.
Sila sampaikan Mesej ini kepada saudara kita yang lain dan semoga Allah SWT akan memberikan RahmatNya.

Wednesday, July 23, 2008

Life After Death

Muslims believe that the present life is a trial in preparation for the next realm of existence. When a Muslim dies, he/she is washed and wrapped in a clean, white cloth (usually by a family member) and buried after a special prayer, preferably the same day. Muslims consider this a final service that they can do for their relatives and an opportunity to remember that their own existence here on earth is brief.

The question of whether there is life after death does not fall under the jurisdiction of science, as science is concerned only with classification and analysis of sense data. Moreover, man has been busy with scientific inquiries and research, in the modern sense of the term, only for the last few centuries, while he has been familiar with the concept of life after death since time immemorial.
All the Prophets of God called their people to worship God and to believe in life after death. They laid so much emphasis on the belief in life after death that even a slight doubt in it meant denying God and made all other beliefs meaningless.

The very fact that all the Prophets of God have dealt with this metaphysical question of life after death so confidently and so uniformly - the gap between their ages in some cases, being thousands of years - goes to prove that the source of their knowledge of life after death as proclaimed by them all, was the same, i.e. Divine revelation.

We also know that these Prophets of God were greatly opposed by their people, mainly on the issue of life after death, as their people thought it impossible. But in spite of opposition, the Prophets won many sincere followers.

The question arises: what made those followers forsake the established beliefs, traditions and customs of their forefathers, notwithstanding the risk of being totally alienated from their own community? The simple answer is: they made use of their faculties of mind and heart and realized the truth.

Did they realize the truth through perceptual consciousness? They couldn’t, as perceptual experience of life after death is impossible. God has given man besides perceptual consciousness, rational, aesthetic and moral consciousness too. It is this consciousness that guides man regarding realities that cannot be verified through sensory data. That is why all the Prophets of God while calling people to believe in God and life after death, appeal to the aesthetic, moral and rational consciousness of man.

For example, when the idolaters of Makkah denied even the possibility of life after death, the Quran exposed the weakness of their stand by advancing very logical and rational arguments in support of it:

And he (i.e. man) presents for Us an example (i.e. attempting to establish the finality of death) and forgets his [own] creation. He says, “Who will give life to bones while they are disintegrated?” Say, “He will give them life who produced them the first time; and He is, of all creation, Knowing.” [It is] He who made for you from the green tree, fire, and then from it you ignite. Is not He who created the heavens and the earth Able to create the likes of them? Yes, [it is so]; and He is the Knowing Creator. (Quran, 36:78-81)

On another occasion, the Quran very clearly says that the disbelievers have no sound basis for their denial of life after death. It is based on pure conjecture:

And they say, “There is not but our worldly life; we die and live (i.e. some people die and others live, replacing them) and nothing destroys us except time.” And they have of that no knowledge; they are only assuming. And when Our verses are recited to them as clear evidences, their argument is only that they say, “Bring [back] our forefathers, if you should be truthful.” Say, “God causes you to live, then causes you to die; then He will assemble you for the Day of Resurrection, about which there is no doubt,” but most of the people do not know. (Quran, 45:24-26)

Surely God will raise all the dead. But God has His own plan of things. A day will come when the whole universe will be destroyed and then the dead will be resurrected to stand before God. That day will be the beginning of a life that will never end, and on that day every person will be rewarded by God according to his or her good or evil deeds.

The explanation that the Quran gives about the necessity of life after death is what the moral consciousness of man demands. Actually, if there is no life after death, the very belief in God becomes meaningless or even if one believes in God, it would be n unjust and indifferent God, having once created man and now not being concerned with his fate.

Surely, God is just. He will punish the tyrants, whose crimes are beyond count - having tortured and killed hundreds or thousands of innocent people, created great corruption in society, enslaved numerous persons to serve their whims, etc., because man has a very short life span in this world and because numerous individuals are affected by one’s actions, adequate punishments and rewards are not possible in this life. The Quran very emphatically states that the Day of Judgment must come and that God will decide the fate of each soul according to his or her record of deeds:

But those who disbelieve say, “The Hour (i.e. the Day of Judgment) will not come to us.” Say, “Yes, by my Lord, it will surely come to you. [God is] the Knower of the unseen.” Not absent from Him is an atom’s weight within the heavens or within the earth or [what is] smaller than that or greater, except that it is in a clear register - That He may reward those who believe and do righteous deeds. Those will have forgiveness and noble provision. But those who strive against Our verses [seeking] to cause failure (i.e. to undermine their credibility) - for them will be a painful punishment of foul nature. (Quran, 34:3-5)

The Day of Resurrection will be the Day when God’s attributes of Justice and Mercy will be in full manifestation. God will shower His mercy on those who suffered for His sake in the worldly life, believing that an eternal bliss was awaiting them. But those who abused the bounties of God, caring nothing for the life to come, will be in the most miserable state. Drawing a comparison between them, the Quran says:

Then is he whom We have promised a good promise which he will meet [i.e. obtain] like he for whom We provided enjoyment of worldly life [but] then he is, on the Day of Resurrection, among those presented [for punishment in Hell]? (Quran, 28:61)

The Quran also states that this worldly life is a preparation for the eternal life after death. But those who deny it become slaves of their passions and desires, making fun of virtuous and God-conscious persons.

Such persons realize their folly only at the time of their death and wish to be given a further chance in the world but in vain. Their miserable state at the time of death, and the horror of the Day of Judgment, and the eternal bliss guaranteed to the sincere believers are very clearly and beautifully mentioned in the following verses of the Quran:

[For such is the state of the disbelievers], until, when death comes to one of them, he says, “My Lord, send me back that I might do righteousness in that which I left behind (i.e. in that which I neglected).” No! It is only a word he is saying; and behind them is a barrier until the Day they are resurrected. So when the Horn is blown, no relationship will there be among them that Day, nor will they ask about one another. And those whose scales are heavy [with good deeds] - it is they who are the successful. But those whose scales are light - those are the ones who have lost their souls, [being] in Hell, abiding eternally. The Fire will sear their faces, and they therein will have taut smiles (i.e. their lips having been contracted by scorching until the teeth are exposed). (Quran, 23:99-104)

The belief in life after death not only guarantees success in the Hereafter but also makes this world full of peace and happiness by making individuals most responsible and dutiful in their activities.

Think of the people of Arabia before the arrival of the Prophet Muhammad . Gambling, wine, tribal feuds, plundering and murdering were their main traits when they had no belief in life after death. But as soon as they accepted the belief in the One God and life after death they became the most disciplined nation of the world. They gave up their vices, helped each other in hours of need, and settled all their disputes on the basis of justice and equality. Similarly the denial of life after death has its consequences not only in the Hereafter but also in this world. When a nation as a whole denies it, all kinds of evils and corruption become rampant in that society and ultimately it is destroyed.

The Quran mentions the terrible end of Aad, Thamud and the Pharaoh in some detail:

[The tribes of] Thamud and Aad denied the Striking Calamity [i.e. the Resurrection]. So as for Thamud, they were destroyed by the overpowering [blast]. And as for Aad, they were destroyed by a screaming, violent wind which He [i.e. God] imposed upon them for seven nights and eight days in succession, so you would see the people therein fallen as if they were hollow trunks of palm trees. Then do you see of them any remains? And there came Pharaoh and those before him and the overturned cities (i.e. those to which Lot was sent) with sin. And they disobeyed the messenger of their Lord, so He seized them with a seizure exceeding [in severity]. Indeed, when the water overflowed, We carried you [i.e. your ancestors] in the sailing ship (i.e. which was constructed by Noah). That We might make it for you a reminder and [that] a conscious ear would be conscious of it. (Quran, 69:4-12)

Events of the Day of Judgment
God states in the Quran about the events of the Day of Judgment:

Then when the Horn is blown with one blast, and the earth and the mountains are lifted and leveled with one blow [i.e. stroke] - Then on that Day, the Occurrence [i.e. Resurrection] will occur, And the heaven will split [open], for that Day it is infirm (i.e. weak, enfeebled and unstable). And the angels are at its edges. And there will bear the Throne of your Lord above them, that Day, eight [of them]. That Day, you will be exhibited [for judgment]; not hidden among you is anything concealed (i.e. any person or any secret you might attempt to conceal). So as for he who is given his record in his right hand, he will say, “Here, read my record! Indeed, I was certain that I would be meeting my account.” So he will be in a pleasant life - In an elevated Garden, Its [fruit] to be picked hanging near. [They will be told], “Eat and drink in satisfaction for what you put forth (i.e. literally, advanced in anticipation of reward in the Hereafter) in the days past.” But as for he who is given his record in his left hand, he will say, “Oh, I wish I had not been given my record, and had not known what is my account. I wish it [i.e. my death] had been the decisive one (i.e. ending life rather than being the gateway to eternal life). My wealth has not availed me. Gone from me is my authority.” [God will say], “Seize him and shackle him. Then into Hellfire drive him. Then into a chain whose length is seventy cubits insert him.” Indeed, he did not used to believe in God, the Most Great. (Quran, 69:13-33)

The Prophet Muhammad taught that three things continue to benefit a [believing] person even after death - charity which he had given (which continues to benefit others), beneficial knowledge which he had left behind (i.e. authored or taught), and supplication on his behalf by a righteous child (Narrated by Saheeh Muslim).

Thus, there are very convincing reasons to believe in life after death:
1) All the Prophets of God have called their people to believe in it.
2) Whenever a human society is built on the basis of this belief, it has been the most ideal and peaceful society, free of social and moral evils.
3) History bears witness that whenever this belief is rejected collectively by a group of people in spite of the repeated warning of the Prophet, the group as a whole has been punished by God even in this world.
4) Moral, aesthetic and rational faculties of man endorse the possibility of the life after death.
5) God’s attributes of Justice and Mercy have no meaning if there is no life after death.

Friday, July 18, 2008


ORANG YANG PALING BIJAK IALAH ORANG YANG PALING BANYAK MENGINGATI MATI.


ORANG YANG PALING BODOH IALAH ORANG YANG TIDAK PERNAH FIKIR TENTANG KEMATIAN YANG AKAN DITEMPUHINYA BILA-BILA MASA SAHAJA.


ORANG YANG BANYAK MENGINGATI MATI AKAN MENAMBAH AMAL IBADAT UNTUK MENEMPUH ALAM SESUDAH MATI.


ORANG YANG TIDAK MENGINGATI MATI MENGEJAR KEKAYAAN DAN KESERONOKAN DUNIAWI HINGGA KE HARI MATINYA.


APABILA AJAL TIBA, TAUBAT TIDAK BERGUNA LAGI.



SELAGI PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA

BERTAUBATLAH.

Mayat yang Tidak Akan Reput

DALAM satu riwayat menyatakan, apabila makhluk dibangkitkan dari kubur mereka berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun umur akhirat dalam keadaan tidak makan, minum, duduk dan bercakap.Bertanya orang kepada Rasulullah saw: “Bagaimana kita dapat mengenali orang mukmin pada hari kiamat?”Jawab Rasulullah: “Dikenal kerana wajah mereka putih disebabkan wuduk. Apabila kiamat, malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka kecuali pada tempat sujud.“Bekas sujud tidak dihilangkan. Maka memanggil dari zat yang memanggil.“Bukanlah debu itu daripada debu kubur mereka, akan tetapi debu itu adalah debu keimanan mereka.“Oleh itu, tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat mukmin itu mengetahui mereka adalah pelayan-Ku dan hamba-Ku.”Disebutkan hadis Rasulullah, 10 orang yang mayatnya tidak busuk serta tidak reput dan akan bangkit dalam tubuh asal pada waktu mati.
- Nabi.
- Ahli jihad.
- Alim ulama.
- Syuhada.
- Penghafal al-Quran.
- Pemimpin yang adil.
- Tukang azan.
- Wanita mati bersalin.
- Orang mati dianiaya.
- Orang yang mati pada siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Saturday, July 12, 2008

Nama-nama Kiamat


Hari pembangkitan sesudah mati
Hari penuh penyesalan kerana sudah terlambat untuk beramal soleh
Hari perhitungan amal
Hari kegoncangan ( keruntuhan)
Hari penuh gemuruh
Hari peristiwa dahsyat
Hari yang menyelubungi ( penuh rahsia )
Hari gempa besar
Hari kebenaran ( hari pembuktian janji-janji Allah dalam Al-Quran )
Hari bencana agung
Hari yang memekakkan telinga
Hari panggil-memanggil ( masing-masing tidak menghiraukan antara satu sama lain )
Hari pembalasan amalan baik atau jahat
Hari ancaman bagi kaum yang derhaka kepada Allah
Hari diperlihatkan amal perbuatan manusia
Hari peristiwa membingungkan
Hari penimbangan amalan baik dan buruk
Hari pemisahan yang benar dan salah
Hari pengumpulan seluruh makhluk
Hari bangkit dari kubur
Hari menghinakan orang yang derhaka kepada Allah
Hari penuh kesengsaraan
Hari keputusan untuk memberi balasan yang setimpal
Hari hidup kembali setelah mati
Hari kekal di dalam syurga atau neraka
Hari yang tidak disangsikan lagi pasti terjadi
Hari yang seseorang tidak dapat memberi pertolongan kepada orang lain
Hari semua mata terbuka dan dapat melihat amalan masing-masing
Hari yang seseorang akan lari berpisah dengan ibu, ayah, saudara, isteri dan anak
Hari yang tidak bermanfaat banyaknya harta dan anak, melainkan orang yang menghadap ke hadrat Allah dengan hati yang tenang.

Sunday, July 6, 2008

Surah Ar-Rahmaan ( Yang Maha Pemurah )

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. (55:1)
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. (55:2)
Dia lah yang telah menciptakan manusia; - (55:3)
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (55:4)
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; (55:5)
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. (55:6)
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, (55:7)
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; (55:8)
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (55:9)
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: (55:10)
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; (55:11)
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; (55:12)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (55:13)
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, (55:14)
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; (55:15)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:16)
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. (55:17)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:18)
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; (55:19)
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; (55:20)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:21)
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan; (55:22)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:23)
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang; (55:24)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:25)
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: (55:26)
Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: (55:27)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:28)
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! (55:29)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? (55:30)
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! (55:31)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:32)
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! (55:33)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:34)
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu); (55:35)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:36)
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; (55:37)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:38)
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya); (55:39)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:40)
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka); (55:41)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:42)
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya". (55:43)
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! (55:44)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:45)
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, - (55:46)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:47)
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; - (55:48)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:49)
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; - (55:50)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. (55:51)
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). (55:52)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:53)
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. (55:54)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:55)
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; (55:56)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:57)
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (55:58)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:59)
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga? (55:60)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:61)
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua); (55:62)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:63)
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya; (55:64)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:65)
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya: (55:66)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:67)
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, (55:68)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:69)
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; (55:70)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:71)
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; (55:72)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:73)
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin; (55:74)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:75)
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. (55:76)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:77)
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (55:78)

Saturday, July 5, 2008

Renungan


Preparing for a Long Journey


Last week, I went on a journey for 2 days. All I took with me was a sleeping bag and some clothes. Before that, I had to go visit some cities for a duration of 6 days. For that journey, I took with me many more items than I took for the 2 days journey. Few years back when I was visiting a different country for a longer period, I had to take large luggages with me. The point is that we prepare more for long journeys than short ones.
As a living being in this world, we are also planning for a journey that is coming after death. That journey is for a really long period of time. It starts from the grave and ends in Jannah. The only provision for that journey is our faith and good deeds. Are you ready for that journey?


20 Minutes of Tahajjud


Some people say that a person without a job is more busy than a person who is working because a jobless person is always going here and there to look for jobs. Even if this person gets a job that requires him to stay up all night will do so as he needs to earn money. This is the nature of human beings. When he knows the value of something, he will try to attain it even if it be hard for him.
Allah Ta'ala has granted us the gift of Tahajjud Prayer. Through this prayer, we can get many blessings from Allah. Problems such as sickness, family issues, money, hunger, etc can easily be removed by praying to Allah at Tahajjud time. However, because we did not recognize the value of this prayer, it is very difficult for us to spare only 10-20 minutes of our sleep to get up and pray. On the other hand, for some money, we are ready to stay up the whole night.


Not Going to Work


Suppose a person owns a shop to earn his livelihood. He goes to the shop everyday to maintain sales and customers. Now, what will happen if he doesn't go to the shop and open it for one day? He will suffer some loss. What if he doesn't go for two, three, four or five days? He will suffer a big loss. Eventually he will become a failure if he continues not to go.As Muslims, we are to live in this world as presenters of Islam. Our job is to practice Islam fully and show the whole humanity what Islam is. But, many of us have not been fulfilling our duties for 20 years! Some for 60 years! What is the loss for not doing our job for so many years? The whole world is affected. Most Non Muslims are dieing as Non Muslims and Muslims are dieing without iman and repentance. Don't be happy by seeing one or two people becoming Muslims. In the countries of Africa, South America, Central America, etc, millions of Muslims have been leaving Islam for some money and food. If us Muslims did our assigned job, then no one would remain hungry in this world. If we paid our due zakah, then no one would buy the hell fire with few dollars from the missionaries.


The Locks on the Door


I always lock my doors before going outside. I believe all of us do the same to protect our valuable properties from the thieves. I have seen people with more than 3 locks on the door and some also have a specialized integrated alarm system against forceful entry! Some also have 24 hours live monitoring systems built in the house. Then one day I was thinking, it is quite sad that we use so many locks in order to safeguard some belongings Shaitan and evils of this world. This iman, which is more precious than any material thing, needs, but, we have little or no locks at all in ourselves to safeguard our iman from more protection than our belongings.

Friday, July 4, 2008

KISAH PENGGALI KUBUR

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

1. Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi
apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

2. Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, kulihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."

3. Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang
aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, kulihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.
Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

4. Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."

5. Aku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

6. Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya
Kering-kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7. Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam.

KISAH PENGGALI KUBUR

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

1. Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi
apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

2. Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, kulihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."

3. Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang
aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, kulihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.
Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

4. Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."

5. Aku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

6. Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya
Kering-kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7. Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam.

KLClock

Kuala Lumpur

Followers

Laman Chat


ShoutMix chat widget

Meta

Search This Blog