Thursday, April 17, 2008

Taubat Nabi Muhammad saw


Setelah kita memperhatikan firman Allah, marilah pula kita perhatikan hadis-hadis Nabi, yang menyeru kita supaya kembali ke jalan Allah. Diriwayatkan dan Abu Hurairah, dia berkata,: “Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih dan 70 kali dalam satu hari.” (HR. Bukhari).

Dan Al-Aghar bin Yassar, dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Hai manusia bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampunan-Nya, kerana aku juga bertaubat sebanyak seratus kali dalam satu hari.” (HR. Muslim). Kalaulah kita ingin memperhatikan pada diri Rasulullah SAW yang maksum itu, yang dosa-dosanya pada masa lalu dan yang akan datang telah diampuni oleh Allah, namun meskipun begitu beliau tetap memohon ampun dan bertaubat kepada-Nya sebanyak seratus kali dalam satu hari. Perkara ini memberikan pengertian kepada kita bahawa pentingnya taubat dalam kehidupan sehari-hari.Sebenarnya hak-hak Allah terlalu agung jika kita harus melaksanakannya. Lalu bagaimanakah caranya supaya kita mendapatkan keredhaanNya? Bertaubatlah Selagi Pintu Taubat Masih Terbuka.

No comments:


KLClock

Kuala Lumpur

Followers

Laman Chat


ShoutMix chat widget

Meta

Search This Blog