Friday, December 25, 2009

TAUBAT

Disebutkan dalam sebuah kisah, terdapat seorang lelaki yang telah melakukan dosa yang sangat banyak dalam hidupnya.Pada suatu hari dia telah datang menemui seorang soleh,kemudian dia bertanya kepada orang soleh tersebut : wahai imam,saya ingin melakukan maksiat dan saya juga ingin masuk ke dalam syurga..maka adakah apa-apa jalan?…berkata imam tersebut : ya ada…jika awak melakukan lima perkara ini maka awak boleh membuat maksiat dan tanpa larangan langsung!

Imam itu berkata kepada lelaki tersebut,jika awak hendak melakukan maksiat kepada Allah, maka pergilah ke tempat yang tidak akan dilihat oleh Allah. Berkata lelaki tersebut, bagaimanakah hendak melakukan sebegitu kerana firman Allah dalam surah al hadid:4 yang bermaksud,: “Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari,Kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy.Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadaNya.Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada.Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

Seterusnya lelaki itu bertanya,beritahulah aku apakah yang kedua pula. Maka berkata imam tersebut, jika awak hendak melakukan maksiat kepada Allah,maka duduklah dalam kerajaan kamu. Lelaki itu membalas, bagaimanakah itu? Kerana kerajaan langit dan bumi ini adalah milik Allah sebagaimana dalam surah al mulk:1 yang bermaksud :” Maha Suci Allah Yang di tanganNyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

Tanpa membuang masa,lelaki itu berkata,beritahulah aku apakah perkara yang ketiga. Berkata imam itu, jika awak hendak melakukan maksiat kepada Allah, maka janganlah makan daripada rezekiNya. Berkata lelaki tersebut,: bagaimana itu, kerana dalam firmanNya:” Dan tidak ada suatu binatang yang melata pun di bumi melainkan Allah lah yang memberi rezekiNya dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya.Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata(Lauh Mahfuzh)”.(hud:6)

Kemudian,lelaki itu meminta supaya imam itu memberitahunya perkara yang keempat,maka berkata imam tersebut. Jika datang kepadamu malaikat maut, maka katakan kepadanya,: berilah tangguh kepadaku sekejap sehingga aku bertaubat. Berkata lelaki itu, bagaimanakah hendak melakukan itu kerana dalam firman Allah yang bermakud “ Tiap-tiap umat ada batas waktu,maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya”( al a’raf:34)
Beritahulah aku perkara yang kelima. Berkata imam tersebut, jika awak diambil oleh malaikat penjaga neraka, maka lepaskanlah diri awak daripada mereka. Berkata lelaki tersebut, bagaimanakah aku mampu hendak membuat sedemikian kerana mereka malaikat yang sangat kasar.

Akhirnya, imam itu berkata kepada lelaki tersebut : sesungguhnya Allah melihat kamu, dan awak tinggal dalam kerajaanNya, dan kamu makan daripada rezekiNya, dan maut dibelakangmu dan neraka jahanam menunggumu…dan kamu hendak melakukan maksiat kepada Allah? Dan kemudian dikhabarkan bahawa lelaki itu bertaubat dan kembali kepada Allah swt. Waallahua’lam.

No comments:


KLClock

Kuala Lumpur

Followers

Laman Chat


ShoutMix chat widget

Meta

Search This Blog