1 Perlahankan suaramu semasa berzikir dan berdoa kerana kamu tidak memohon kepada Tuhan yang tuli dan ghaib.
2 Kiamat tidak akan tiba selagi belum muncul 30 dajjal. Semuanya berbohong mengenai Allah dan Rasul-Nya.
3 Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia berpuasa pula sebanyak 6 hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.
4 Sesiapa Allah mahu kebaikan untuknya, nescaya dia diuji dengan kesusahan.
5 Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa limau itu manis.
6 Malam Lailatul Qadar itu bersih , tidak panas dan tidak pula dingin.
7 Solat orang yang tinggal berhampiran dengan masjid bukanlah solat kalau solat tidak ditunaikan di masjid.
8 Tidak akan masuk ke dalam neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah.
9 Allah berfirman: Aku turunkan harta untuk menegakkan solat dan mengeluarkan zakat.
10 Sesungguhnya berjihad untuk agama Allah pada waktu pagi atau petang hari lebih baik dari dunia dan seisinya.
11 Sedekat-dekat seseorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyakan doa ketika sujud
12 Sesiapa yang menghulurkan kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan maka hendaklah kamu doakan kepadanya –riwayat Tabrani
No comments:
Post a Comment