Ya Allah terimalah solatku
Ya Allah berikan hidayahMu
Ya Allah berikan keberkatanMu
Ya Allah terimalah taubatku
Ya Allah peliharalah taubatku
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku yang lalu
dosa-dosa semalamku, dosa-dosaku hari ini dan dosa-dosaku yang akan datang
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku terhadap ibu bapaku, kakak, abang dan adik-adikku, guru-guruku, saudara seislamku
Ya Allah kuatkan imanku menghadapi
godaaan syaitan yang direjam.
Ya Allah murahkan rezeki
Ya Allah sihatkan tubuh badanku
Ya Allah jauhi aku daripada mendapat sebarang penyakit
Ya Allah bersihkan hatiku daripada sifat-sifat takabur, riak, sombong dan hasad dengki, mengumpat, mengeji dan mengata
Ya Allah tuangkan keikhlasan dalam beribadat kepadaMu
Ya Allah kuatkan keimananku untuk mengingatiMu pada waktu pagi, tengah hari, petang, malam, tengah malam, dinihari dan subuh.
Ya Allah kasihanilah aku
Ya Allah sayangilah aku
Ya Allah berilah rahmat dan hidayahMu
Seluas tujuh petala langit dan bumiMu
Jangan jauhkan aku dari rahmatMu
Ya Allah jauhi aku daripada api neraka jahaman
Ya Allah tempatkan aku bersama orang-orang yang soleh.
Friday, May 9, 2008
Doa Selepas Solat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KLClock
Kuala Lumpur |
No comments:
Post a Comment