Sunday, May 4, 2008

Renungan:

RENUNGAN DAN TAFAKUR:

1. ALLAH berfirman kepada Nabi Daud:

Hamba yang paling Aku cintai ialah mereka yang mencari Aku bukan kerana takut hukumanKu atau mahukan kurniaanKu, tetapi adalah semata-mata kerana AKU INI TUHAN.

2.

Siapakah yang lebih melanggar batas daripada orang yang menyembahKu kerana takutkan neraka atau berhendakkan syurga? Jika tidak AKu jadikan syurga dan neraka itu tidakkah Aku ini patut disembah?

- Kitab Zabur

3. ALLAH berfirman kepada Nabi Daud:

Ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu, iaitu mereka yang bersemangat mencari ganjaran dan menjadi malas apabila mendapat ganjaran itu dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui Aku. Tanda tidak redhanya Aku ialah Aku biarkan mereka begitu sahaja.

4. Kita sering menyibukkan diri dengan mengumpulkan kekayaan dunia kerana bimbang ditimpa kemiskinan. Sehingga lupa kepada Tuhan Semesta Alam. Kita mengumpul kekayaan untuk masa depan yang tidak pasti akan kita lalui atau kekayaan itu tidak sempat dikecapi. Sibukkan diri mengenang Maha Pencipta kerana saat kematian akan memisahkan segalanya. Tiada guna harta yang dikumpul siang dan malam. Tanyalah pada diri apakah amalan yang dibawa untuk mengadap Tuhan.

No comments:


KLClock

Kuala Lumpur

Followers

Laman Chat


ShoutMix chat widget

Meta

Search This Blog